KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Berdasarkan Panduan Guru Bahasa Malaysia KSSR (2012), kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Kemahiran mendengar dan bertutur atau dikenali sebagai kemahiran lisan merupakan komunikasi bahasa yang asli malah merupakan elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran tersebut sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan berkait dengan kemahiran bertutur. Hal ini demikian kerana kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling melengkapi.
Imej di atas menunjukkan suatu aktiviti komunikasi. Dalam kehidupan seharian, proses komunikasi merupakan aktiviti yang kerap dilakukan. Ketika berkomunikasi, kita akan mendengar apa yang disampaikan lalu memberi respon terhadap perkara yang dituturkan oleh seseorang melalui pertuturan juga. Hal ini membuktikan bahawa mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang saling berkait antara satu sama lain. Kepentingan kemahiran mendengar dan bertutur turut diberi penekanan melalui Bahasa Malaysia sekolah rendah. Kedua-dua kemahiran tersebut diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat memahami dan menghayati bunyi-bunyi bahasa yang didengar dalam pelbagai situasi. Kemudian mereka perlu dan dapat bertindak terhadap perkara yang didengari melalui pertuturan.
BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR:
· Secara aktif (interaktif)
Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar semasa sesi perbualan.
· Secara pasif (tidak interaktif)
Tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar dan tidak berupaya mewujudkan interaksi dua hala seperti mendengar radio, kuliah, menonton televisyen, filem atau siaran langsung.
BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR:
- Sebutan yang jelas
- Memberi penerangan dan alasan
- Menyatakan pendapat
- Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat
- Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
- Bertutur secara bertatatusila
Kemahiran mendengar perlu dipelajari secara intensif sejak di usia yang masih muda. Hal ini demikian kerana penggunaan kemahiran mendengar sangat meluas dalam kehidupan. Oleh itu, bagi memantapkan kemahiran lisan, murid-murid di sekolah rendah lagi perlu memiliki kemahiran mendengar yang berkesan supaya mesej yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik (Yahya Othman, 2005: 26). Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21), kedua-dua kemahiran tersebut perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pelajar ketika di dalam kelas supaya dapat melahirkan idea yang dapat dihasilkan dalam penulisan pula.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Pembangunan Kokurikulum. (2012). Panduan Guru Bahasa Malaysia KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang: Penerbitan PTS Profesional.
1. Bagaimanakah kemahiran medengar dan bertutur yang berorientasikan Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dipraktikkan oleh murid dalam meningkatkan kemahiran belajar?
2. Apakah kepentingan penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam diri pelajar?
QUIZ UNTUK HARI INI...!
https://www.fyrebox.com/play/quiz_rDR7rZB0r
QUIZ UNTUK HARI INI...!
https://www.fyrebox.com/play/quiz_rDR7rZB0r
No comments:
Post a Comment