Sunday, September 15, 2019

KEMAHIRAN MENULIS















Apa Itu Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis secara umumnya ialah salah satu cabang kemahiran yang perlu dipelajari serta dikuasai oleh semua pelajar sebagai cara untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara natural dan mudah.
    Terdapat pelbagai pendapat tentang definisi penulisan menurut beberapa orang tokoh bahasa. Antaranya ialah Raminah Haji Sabran (1985) menyatakan penulisan adalah pelahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini pula disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan mudah difahami maksudnya. Selain itu, Juriah Long, et. al. juga berpendapat bahawa menulis ialah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik.
Konsep Kemahiran Menulis
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambing bunyi yang dibuat ketika seseorang sedang bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
·         Menggunakan pelbagai jenis ayat
·         Mencatat dan menyusun maklumat
·         Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
·         Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca

Kemahiran menulis ini juga merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Di samping itu, penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Selain itu, kemahiran ini juga melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

Tujuan Menulis



Peringkat Menulis
Jenis Penulisan

Jenis penulisan terbahagi kepada lima iaitu:

1. .    Terkawal 
Penulisan peringkat terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).
Susunan penulisan ini dkawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah penulisan bebas. Tujuan penulisan terkawal ini adalah untuk mengurangkan kesilapan berlaku dalam kalangan murid-murid. Kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa.

Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan untuk :

๐Ÿ’จ Cara ini dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.

๐Ÿ’จMenjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi             sedikit kea rah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.

๐Ÿ’จSupaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi         pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.

2. Separa terkawal
 Seterusnya, pada peringkat separa terkawal pula murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru. Contohnya, guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataaan lain yang disediakan. Latihan tersebut mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukan kesalahan. 

3  Berpandu.
Jenis penulisan berpandu pula ialah jenis penulisan yang diberi kawalan atau panduan ketika hendak membuat karangan. Pada peringkat ini, kemungkinan murid-murid akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar tetapi ada kekecualian bagi mereka yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut pada peringkat karangan terkawal dan separa terkawal.
Sebagai contoh, guru membaca sebuah karangan yang sudah disediakan. Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-murid. 

4Separa Berpandu.
Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya. Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk membuat karangan. Oleh yang demikian, kemungkinan peratusan kecil sahaja yang akan berlaku. Melalui cara ini mereka dapat meluahkan isi fikiran biarpun terdapat sedikit kawalan, namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea.

5  Bebas.
Penulisan bebas adalah penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
Oleh sebab murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Perkara penting yang diingatkan di sini adalah mengajar penulisan yang berbentuk bebas seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai perkara-perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan sruktur ayat bahasa tersebut.
Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis penulisan sebegini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu penulisan berbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan argumentatif.
Penulisan bentuk naratif meliputi jenis-jenis cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan. Penulisan jenis deskriptif pula merangkumi gambar suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Penulisan jenis imaginatif berkait rapat dengan pengalaman sementara yang berbentuk argumentatif pula terlibat dengan perbincangan, kritik dan perbahasan. Penulisan berbentuk kreatif meliputi puisi, cerpen, drama dan sebagainya yang merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman seseorang melalui tulisan atau perkataan. 

                                                                                                                                                  Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid dalam kemahiran menulis ini seperti:

bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas/ tepat/ betul

ketidakseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau diantara perkataan dengan perkataan

masalah pembalikan huruf atau perkataan

➤menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah

➤mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.


Akan tetapi, masalah ini mampu diatasi dengan beberapa cara yang memerlukan bimbingan daripada guru iaitu :


i. Beri latihan secukupnya pada peringkat permulaan dan peringkat mendirikan asas.
ii. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah.
iii. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
iv. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.
v. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh mengotorkan tulisan.
vi. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
vii. Dari segi kedudukan menulis dan cara menulis :
    ๐Ÿ‘‰ Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan                betul.
    ๐Ÿ‘‰ Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan.
    ๐Ÿ‘‰ Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan tangan kiri              menyokong badan.
    ๐Ÿ‘‰ Jarak mata dengan buku adalah lebih kurang antara 8 hingga 10 inci.
    ๐Ÿ‘‰ Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
    ๐Ÿ‘‰ Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.
๐Ÿ‘‰ Jangan duduk membongkok ketika menulis.

SOALAN 
wahai pembaca yang budiman silalah jawab soalan di pautan kahoot tersebut๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š:

anda boleh mengikuti step berikut: 
  1. google link kahoot.it
  2. tekan link di atas
  3. tekan butang classic
  4. tulis game pin di link kahoot.it
  5. tekan butang start

SOALAN KBAT

  1.  Pada pendapat anda,  mengapakah  kemahiran menulis ini amat penting untuk dipelajari di peringkat kanak-kanak dan berikan kesan yang akan berlaku sekiranya kanak-kanak kuarng menguasai kemahiran menulis kepada masa hadapan negara


RUJUKAN
Bryne, Donn. (1982). Teaching Writing Skills. Harlow, Essex: Longman Group UK Ltd.
Faridah Nazir & Faiziah Hj. Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
           Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Juriah Long et. al. (1994). Perkaedahan Bahasa Melayu (edisi ke-4). Kuala Lumpur. Fajar
           Bakti Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran. (1985). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
            pada peringkat sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 
Scribd. (2014). Kemahiran Menulis. Diperoleh pada 10 September 2019
           daripada https://www.scribd.com/doc/138452144/KEMAHIRAN-MENULIS 

   


No comments:

Post a Comment