Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan.
JENIS-JENIS BACAAN
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis bacaan yang tidak kita sedari selama ini kerana kita hanya sekadar membaca tetapi tiada kesedaran untuk mengkaji jenis bacaan yang kita gunakan. Oleh itu, sila lihat rajah di bawah :
TEKNIK BACAAN
Bacaan Mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis atau dikenali juga sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan ini. Bacaan Intensif Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciriciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
Secara umumnya, seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu:
- Membaca Pantas
- Membaca Kritis
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
⏩ mengingat dahulu apa yang telah diketahui
⏩ membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
⏩ melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
⏩ mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
⏩ menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
⏩ mengingat dahulu apa yang telah diketahui
⏩ membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
⏩ melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
⏩ mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
⏩ menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K)
Apa yang sudah diketahui? |
Want (W)
Apa yang hendak diketahui? |
Learned (L)
Apa yang telah dipelajari atau diperoleh? |
How (H)
Apa lagi maklumat tambahan diperlukan? |
Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Teknik tersebut merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi
S (survey) – tinjau
Q (question) - soal/Tanya
R (read) – baca
R (recite) - imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.
Selain daripada teknik-teknik yang dinyatakan
di atas, terdapat juga teknik yang lebih mudah untuk dipraktikkan dalam proses
pembacaan ini. Berikut adalah beberapa teknik yang
dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
https://quizizz.com/admin/quiz/5d7e470c6f59fc001d45ce4c
https://quizizz.com/admin/quiz/5d845c47993526001a8fbdd2
SENARAI RUJUKAN
Faridah Nazir & Faiziah Hj. Shamsudin. (2016). Pengajaran
Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Harris, A. J., & Sipay, E. R. (1980). How to increase reading ability: A guide to developmental and remedial methods. New York: Longman.
Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman: Ke Arah Kemantapan Pengajaran di Sekolah Menengah. Karya Bistari Sdn. Bhd.
Muhamad Yaakob. (2016). Kemahiran Membaca. Diperoleh pada 10 september 2019 dari https://www.academia.edu/8385507/KEMAHIRAN_MEMBACA
Wong Kiet
Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof. (2019). Kemahiran
Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment