Kemahiran merupakan kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh manusia yang menjadikannya pintar dan cekap dalam melakukan sesuatu perkara.
Berbahasa pula berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud sistem teratur berupa lambang-lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu perasaan dan fikiran bahasa tersebut.
Kemahiran Berbahasa pula merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Berdasarkan Rajah 1, kita dapat mengetahui bahawa Kemahiran Berbahasa mempunyai tiga elemen yang utama iaitu Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Di bawah kemahiran lisan pula terdapat dua elemen iaitu mendengar dan bertutur.
No comments:
Post a Comment